Pada pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah mengumumkan bahawa individu B40 layak memohon bantuan kredit telekomunikasi bernilai RM180 bermula tahun hadapan.
Bantuan ini boleh digunakan untuk melanggan internet atau pembelian telefon bimbit baru.
Ianya merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Jaringan Prihatin bernilai RM1.5 bilion.
Bantuan tersebut berbentuk kredit telekomunikasi yang dijangka akan memanfaatkan lebih 8 juta individu golongan B40.
Selain itu, belia berumur 18-20 tahun turut layak menerima bantuan kredit RM50 ke dalam akaun dompet digital (ewallet) masing-masing.
Pemberian ini melibatkan kos RM75 juta yang akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia di negara kita.