BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) RM 100 ONE-OFF

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.



Baca juga, Permohonan Online Bantuan Telefon Bimbit Percuma Golongan B40, Kini Dibuka!
Baca juga, Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000

PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).



KAEDAH PENYALURAN ATAU BAYARAN:

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan.

KADAR DAN JENIS BANTUAN :

Murid yang menerima Bantuan Awal Persokolahan akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di sini https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap