Bantuan Anak Sarawak merupakan inisiatif kerajaan negeri dibawah program Endowment Fund Sarawak (EFS).
Semasa ucapan Belanjawan 2019, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan pemberian dana berjumlah RM,1000 kepada setiap anak Sarawak yang lahir bermula 1 Januari 2019.
Inisiatif Kerajaan Negeri tersebut diwujudkan bagi membantu persediaan melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi serta memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Baca juga, Tarikh Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021)
Baca juga , BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) RM 100 ONE-OFF
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bagi permohonan Bantuan Anak Sarawak adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak.
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah pemegang Kad Pengenalan Sarawak Berstatus “K”.
- Pendaftaran EFS dibuat semasa pendaftaran kelahiran
- Tempoh permohonan adalah 1 Tahun daripada tarikh kelahiran.
Bagi Anak Angkat :
- Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K” &
- mempunyai Sijil Pengangkatan Anak sah yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah di Sarawak dan/atau Jabatan Pendaftaran Negara (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah-Wilayah Persekutuan).
CARA PENDAFTARAN EFS
Kaedah pendaftaran EFS boleh dibuat di semua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau cawangan di seluruh Malaysia dengan mengisi borang EFS yang disediakan semasa membuat pendaftaran kelahiran.
Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada JPN atau cawangan dan mereka seterusnya akan menghantar borang yang lengkap ke cawangan Bank Islam setiap dua minggu. Bank Islam akan memproses pendaftaran EFS.
Pemakluman pendaftaran akan dihantar oleh pihak bank ke alamat yang didaftarkan.
Sijil asal boleh dituntut di Bank Islam atau cawangan yang dinyatakan di dalam surat pemakluman.
Apabila penerima genap 18 tahun, mereka boleh mengeluarkan EFS dengan mengemukakan MyKad ke Bank Islam atau cawangan
Bayi yang lahir tahun ini harus segera didaftarkan bagi membolehkan mereka menerima insentif yang disediakan kerajaan itu.
Bagi bayi kalangan anak Sarawak yang lahir di luar negara, kelahiran perlu didaftarkan di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia untuk anak terbabit sebelum borang pendaftaran dikemukakan ke Ibu Pejabat JPN Negeri Sarawak.
BORANG PERMOHONAN ENDOWMENT FUND SARAWAK(EFS)
Borang Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS) boleh dimuat turun melalui Lawan Web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak atau tekan pautan ini – Borang Permohonan
- Bagi negeri Sarawak, pendaftaran boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak. Sila sertakan:
a) Kad Pengenalan Ibu Bapa
b) Sijil Lahir Bayi/MyKid - Bagi negeri-negeri lain, permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan seperti di atas ke:
Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga
93551 Kuching,Sarawak
Tel: 082-242221/082-242223
(Permohonan Endowment Fund Sarawak)
Info Lanjut : https://kwkpk.sarawak.gov.my/
Jika ada pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di talian 082-442050