AWAS! Taktik Penipuan Terbaru Mengenai i-SINAR

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pengeluaran wang dari Akaun 1 melalui i-SINAR. Meskipun permohonan secara rasmi i-SINAR masih belum dibuka, namun sudah mula timbul sindiket penipuan yang ingin memancing wang pencarum.

Penipuan ini mula dilihat di platform media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Telegram antaranya mempromosikan skim pelaburan palsu, atau mengumpul maklumat pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan persaraan itu secara haram tanpa pengetahuan pemilik simpanan tersebut.

 



Sesetengah sindiket penipuan ini merangka aplikasi mudah alih palsu yang mengelirukan pencarum, dan sekaligus mencuri maklumat peribadi yang diisi oleh pencarum di dalam aplikasi tersebut.

Artikel berkenaan, AWAS! Jangan Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Palsu i-Sinar Ini

infografik-phising

Dalam sebuah kenyataan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta para pencarum berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan penipuan ini yang mungkin mencari peluang melakukan jenayah seperti berikut:

  • Ejen (orang tengah) – Sindiket penipuan mungkin menggunakan taktik menyamar sebagai ejen yang dilantik KWSP kononnya boleh mempercepatkan proses dan kelulusan i-Sinar
  • Permohonan atas talian palsu – Sindiket penipuan mungkin akan mewujudkan satu sistem permohonan atas talian palsu menggunakan aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, SMS, Telegram dan juga aplikasi mudah alih palsu.
  • Panggilan palsu – Sindiket penipuan mungkin akan menggunakan taktik panggilan telefon palsu dan menyamar sebagai pegawai KWSP kononnya boleh membantu mempercepatkan proses dan kelulusan dengan mengenakan bayaran tertentu.



Para pencarum diharapkan tidak terpedaya dengan tipu helah penjenayah siber ini dan mestilah membuat segala urusan pengeluaran i-Sinar melalui LAMAN RASMI i-SINAR iaitu https://isinar.kwsp.gov.my atau berkunjung ke pejabat KWSP terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca juga, Kenapa pemohon i-LESTARI tidak lulus i-SINAR? – Ini penjelasan KWSP
Baca juga, Tarikh Rasmi dan Cara Mohon i-Sinar KWSP

KWSP juga memberi amaran kepada pencarum supaya tidak memberikan maklumat peribadi kepada pihak ketiga apabila berurusan tentang pengeluaran i-SINAR ini.

Situasi ini menjadi sebab kenapa KWSP meletakkan proses pengesahan bagi pengeluaran i-SINAR, dengan bertujuan mengelak pencarum menjadi mangsa penipuan.