AWAS! Jangan Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Palsu i-Sinar Ini

Pihak yang tidak bertanggungjawab sudah mula membangunkan aplikasi telefon untuk mengambil kesempatan ke atas ahli yang ingin tahu tentang pengeluaran i-Sinar.
Jangan terpedaya!

Aplikasi ini hanya mengambil kesempatan terhadap isu i-Sinar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Berikut adalah siaran media oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengenai aplikasi-aplikasi tersebut :

aplikasi palsu i sinar

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP secara online dengan mudah dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Ahli disarankan untuk merujuk info yang sahih hanya dari media social dan laman web rasmi KWSP. Sekiranya anda menemui sebarang info atau aktiviti yang mencurigakan, anda boleh terus melaporkannya ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000

Baca juga : [RASMI] Syarat Baru Dan Cara Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000 One-Off

 

Like dan Follow Facebook Page : INFO Malaysia

Join Group Telegram : Semakan Kerjaya