Pihak kerajaan terus melangkah dalam membendung penularan wabak Covid 19. Oleh yang demekian, Pihak Kerajaan telah mewujudkan Aplikasi MySejahtera bagi membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri. Pada masa yang sama, ia dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat maklumat lebih awal untuk di ambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:
- Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID -19
- Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID -19
- Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19
Berikut langkah-langkah mendaftar MySejahtera:
- Langkah 1: Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
- Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
- Langkah 3: Tekan ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
- Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’
- Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’
- Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk
Untuk Maklumat Lanjut MySejahtera Tekan Link di Bawah :