Ramai rakyat Malaysia sekarang sedang susah disebabkan pandemik wabak COVID-19 yang melanda negara kita.
Terdahulu, mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak memperjuangkan dan menyuarakan cadangannya di laman rasmi Facebook milik beliau agar kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP di Akaun 1 sebanyak RM10,000 secara one-off. Beliau turut membawa cadangan itu ke parlimen dalam perbahasan Belanjawan 2021.
Rata-rata rakyat Malaysia menyokong cadangan beliau, malahan ada beberapa Ahli Parlimen Pembangkang turut bersama-sama membangkitkan isu tersebut di dalam Parlimen.
Antara 10 sebab mengapa kerajaan wajib meluluskan cadangan pengeluaran RM 10,000 secara one-off atau dinaikkan jumlah pengeluarannya dari RM500 ke RM2,000 atau secara tidak bersasar dari Akaun 1 KWSP :
- Ramai pekerja dibuang kerja sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19
- Bantuan Kerajaan yang diberikan sebelum ini hanya bertahan dalam jangka masa pendek
- Gaji dipotong dari gaji biasa disebabkan keuntungan syarikat merosot
- Individu bekerja sendiri atau peniaga kecil yang mencarum dengan KWSP kehilangan punca pendapatan
- Cuti Tanpa Gaji (CTG) yang diberikan oleh majikan
- Banyak komitmen yang tertunggak akibat kehilangan sumber pendapatan
- Pengeluaran RM10,000 secara one-off dapat meringankan beban rakyat dalam jangka masa yang panjang
- Golongan B40 yang paling ramai terjejas terutamanya yang telah berkeluarga
- Ibu tunggal yang dibuang kerja serta kehilangan sumber pendapatan
- Jumlah pekerjaan di sektor swasta berkurangan yang menyebabkan ramai rakyat sulit untuk mendapatkan semula pekerjaan
Rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan mendengar keluhan mereka agar Belanjawan 2021 dikaji semula terutamanya berkaitan cadangan pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000 secara one-off yang dilihat amat berkesan bagi membantu rakyat yang terjejas.
Duit KWSP, Duit Rakyat.