10 Bantuan Kerajaan Yang Korang Boleh Dapat Bagi Tahun 2021!

Setiap tahun, kerajaan pasti akan menyediakan bantuan kepada rakyat Malaysia mulai dari bantuan kewangan, pekerjaan dan lain-lain.

Bantuan-bantuan ini dikhususkan kepada golongan yang memerlukan seperti B40 serta M40. Kita ni, bila dah dapat tahu pasal kewujudan bantuan, mestilah tak nak terlepas daripada menerimanya, kan?



Tapi kadang-kadang tu, susah nak ingat bantuan apa yang kita terima dan yang boleh dimohon. Ya betul bantuan ni kebanyakan nya perlu mohon tau! Kalau tak tak dapatlah jawabnya..

Oleh itu, dibawah ini kami senaraikan pelbagai jenis bantuan yang korang boleh mohon bagi tahun 2021.

Senarai Bantuan Kerajaan Tahun 2021

1. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

BPR adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada keluarga yang mempunyai isi pendapatan kurang daripada RM5,000 serta bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 dan diberikan dalam dua fasa. Kategori dan kadar bantuan untuk BPR adalah seperti berikut :

  • Pendapatan isis rumah bulanan kurang dari RM2,500
    • Tiada atau seorang anak akan terima RM1,200
    • 2 anak dan ke atas akan terima RM1,800
  • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,501 – RM4,000
    • Tiada atau seorang anak akan terima RM800
    • 2 anak dan ke atas akan terima RM1,200
  • Pendapatan isi rumah bulanan antara RM4,001 – Rm5000
    • Tiada atau seorang anak akan terima RM500
    • 2 anak dan ke atas akan terima RM750
  • Individu bujang berpendapatan kurang dari RM2,500
    • akan terima RM350
    • Had umur kelayakan individu bujang adalah bermula dari 21 tahun.

Sila rujuk : Panduan Permohonan BPR

2. Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (Bayaran Fasa 2)

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah bantuan lanjutan daripada Bantuan Prihatin Nasional fasa 1 yang telah dikreditkan ke dalam akaun penerima bagi tahun 2020. Manakala bayaran fasa kedua pula akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula pada 21 Januari 2021. Jumlah bantuan adalah seperti berikut :

  • Isi rumah B40 berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah – RM300
  • Isi Rumah M40 berpendapatan bulanan RM4,001 hingga RM8000 – RM200
  • Bujang B40 berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah – RM150
  • Bujang M40 berpendapatan bulanan RM2,000 hingga RM4,000 – RM100

Sila rujuk : Panduan Permohonan BPN Fasa Kedua

3. Bantuan Kanak-Kanak JKM RM200, Maksimum RM1,000

Bantuan ini akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai kadar pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Jumlah bayaran bantuan ini adalah seperti berikut :

  • RM150 sebulan bagi keluarga yang mempunyai anak berumur 7-18 tahun dengan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM1,000/keluarga.
  • RM200 sebulan bagi keluarga yang mempunyai anak berumur kurang dari 6 tahun dengan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM1,000/keluarga.

Sila rujuk : Panduan Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM



4. Bantuan Warga Emas JKM

Bantuan Warga Emas adalah perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang.

Sila rujuk : Panduan Permohonan Bantuan Warga Emas JKM

5. i-Sinar KWSP

i-Sinar merupakan inisiatif daripada kerajaan menerusi KWSP untuk membantu meringankan beban bagi mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 seperti kehilangan sumber pendapatan atau sumber pendapatan berkurangan. Melalui i-Sinar, pencarum boleh mengeluarkan wang simpanan sehingga RM10,000 atau RM60,000 daripada Akaun 1 tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.

Sila rujuk : Panduan Permohonan i-Sinar

6. Program eBelia

Di bawah kategori bantuan kewangan langsung, kerajaan telah mengambilkira kepada penambahbaikan peruntukan dibawah Program e-Belia bagi membantu meringankan beban kewangan para belia.

Kerajaan bersetuju untuk menambah baik program eBelia seperti berikut:

  1. Meningkatkan jumlah eBelia daripada RM50 kepada RM100 dan;
  2. Memanjangkan inisiatif kepada 1.1 juta mahasiswa di IPT dan IPTS termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.

Sila rujuk : Panduan Permohonan eBelia

7. Elaun Hospital COVID-19 mySALAM

Mereka yang dikuarantin di rumah selama 14 HARI atau dimasukkan ke dalam wad disebabkan oleh wabak COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari yang berjumlah sebanyak RM700.

Skim ini merupakan bantuan kerajaan bagi menyediakan perlindungan takaful dan elaun secara PERCUMA kepada 3.69 juta penerima BSH @ BPN yang berumur 18 – 55 tahun yang terkena 45 jenis penyakit kritikal termasuklah bagi mereka yang dikuarantin selama 14 hari akibat wabak COVID-19.

Sila rujuk : Panduan Permohonan mySALAM



8. Bantuan Hilang Pekerjaan PERKESO

Program ini dilaksanakan oleh PERKESO bagi tujuan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka dan keluarga akibat kehilangan pekerjaan.

Berikut adalah peratusan pembayaran elaun bulanan bagi permohonan yang berjaya :

  1. Elaun bulan pertama ialah 80% daripada gaji
  2. Elaun bulan pertama hingga keenam ialah 50%
  3. Elaun tiga bulan terakhir ialah 30% daripada gaji

Sila rujuk : Panduan Permohonan Bantuan Hilang Pekerjaan PERKESO

9. Bantuan Program Jaringan Prihatin

Bantuan ini boleh digunakan untuk melanggan internet atau pembelian telefon bimbit baru.

Ianya merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Jaringan Prihatin bernilai RM1.5 bilion.

Bantuan tersebut berbentuk kredit telekomunikasi yang dijangka akan memanfaatkan lebih 8 juta individu golongan B40.

Sila rujuk : Bantuan B40 RM180 Untuk Pembelian Telefon Baru Mulai 2021

10. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Sila rujuk : Bantuan Awal Persekolahan